
Cara2 utk mencegah umah dr kena pecah....
* Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.
Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian
kepada anda.
* Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak
keselamatan.
* Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
* Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
* Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
* Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
* Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
* Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
* Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh
menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
* Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan
tanda rumah tiada berpenghuni.