April 30, 2010

Pecah Rumah

Kali ni dah kali kedua umah kena pecah. Byk jgk barang2 berharga yg kena pau. Xpe2 ini merupakan salah satu dugaan utk family aku. Aku redho. Tp yg paling penting family xde pape. Alhamdulillah la tabung haziq, dslr n laptop ayah tak kena amik. Mujur la simpan kat tmpt yg mustahil perompak tu nak selongkar....hehehe. Tak sangka lak aku handbag aku yg tali dah tercabut tu pun nak ambik jgk. Dah la semua beg2 besar kena amik, nak blk kampung pun dah xde beg nak pakai...huhuhu.....xpe la ibu haziq. Hadapi dugaan ini dgn penuh kesabaran.





Cara2 utk mencegah umah dr kena pecah....

* Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.
Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian
kepada anda.
* Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak
keselamatan.
* Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
* Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
* Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
* Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
* Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
* Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
* Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh
menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
* Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan
tanda rumah tiada berpenghuni.

April 26, 2010

Template baru

Br je tukar template br yg sgt simple je. Skrang ni adalah sgt malas utk tulis blog. Harap pas tukar template ni dpt menyuntik kerajinan utk menulis blog...chewah...hehehe.